Translate

Sunday 3 November 2013

Usahawan Produk Makanan Kesihatan

Datuk Dr Che Rozmey Che Din ialah seorang usahawan di Malaysia. Beliau memulakan syarikat beliau sendiri Herba Prima Marketing di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah Darul Aman.
Beliau mempunyai ijazah perubatan (MD) dari USM pada 1993, diikuti sarjana perubatan (M.MED O & G) pada 1999, juga dari USM. Seterusnya beliau mendapat diploma farmakologi pada 2001.[1]
Beliau adalah seorang pakar sakit puan dan perbidanan di Malaysia sebelum menjadi usahawan.Laman web Rasmi: http://www.drrozmey.com

Kisah Hidup

Beliau berkahwin dengan Noor Halawiah Abdullah Shukri dan mendapat tiga anak, Syamsul Anwar, Puteri Amylia Natasha dan Putera Amirul Hakim. Selepas kematian Halawiah pada 2008, beliau berkahwin pula dengan Nur Zulaifa Zulkifli.

Herba Prima Marketing

Bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din bersama arwah isterinya, Noor Halawiyah Abdullah Shukri di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini.

Beroperasi pada awal 2006, Datuk Dr Che Rozmey yang juga seorang pakar perbidanan dan sakit puan menggunakan kemahiran sebagai seorang doktor pakar untuk menformulasi produk kesihatan sendiri iaitu Jus Mate 5.

Bermula dengan sebuah pejabat yang dikongsi bersama Jitra Medical Centre (JMC) yang ketika itu menjadi pemangkin kepada pendapatan utamanya, HPM mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina empayar perniagaan dalam tempoh dua tahun sahaja.
Kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM terutama Jus Mate 5 mula memberi ganjaran kepada pengguna. Konsep guna baru jual yang dipratikkan oleh Dr Rozmey membuahkan hasil apabila ribuan testimoni pengguna tampil untuk memberi pengakuan.
Tsunami baru melanda perniagaan HPM apabila medium media cetak yang digunakan oleh Dr Rozmey untuk mencanangkan kejayaan testimoni mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksanya untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuk memperkenalkan system belian online.
Perjenamaan baru dR Rozmey selaras dengan perkembangan HPM membawa kepada perkembangan cabang perniagaan baru seperti dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Body Shop, dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear dan dR Movie Production.


Herba Prima Manufacturing

Bertapak di kawasan perindustrian Kulim dengan kekuatan tenaga pekerja yang profesional dan terlatih. Kilang berteknologi tinggi ini mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran produk secara maksimum mengikut permintaan pasaran. Produk dRG dihasilkan dalam satu aliran lengkap bermula dari penyelidikan dan pembangunan produk ( R&D), penghasilan, pengeluaran, dan pembungkusan produk dengan mempraktikkan sistem amalan perkilangan terbaik dalam menjamin kualiti produk yang terbaik. Pelaburan terhadap mesin berteknologi tinggi dan staff yang profesional adalah satu aset bernilai dalam usaha meningkatkan kualiti kerja dan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan global.


dR ROZMEY GROUP

dR Rozmey Group (dRG) merupakan label bertaraf dunia yang terlibat dalam sektor pengeluaran produk pemakanan kesihatan dan kecantikan. Pelbagai kejayaan yang diperolehi oleh label dR Rozmey bermula dari perniagaan sehinggalah kepada pengiktirafan tertinggi yang diterima oleh pemilik label itu iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din. Penerokaan pasaran luar negara yakni Indonesia pada hujung tahun 2012 ini dengan lebih 2 juta rangkaian usahawan siap sedia untuk menggempur pasaran bumi garuda itu adalah satu petanda positif yang bakal memberi impak besar kepada label dR Rozmey di peringkat global. Kehadiran delegasi Qatar yang menjalinkan kerjasama bagi membolehkan produk dRG bertapak di bumi Timur Tengah, Afrika Utara, Kesatuan Eropah dan India jelas satu durian runtuh yang berlaku kepada bisnes dRG selepas empat tahun beroperasi di negara ini sehingga menarik minat usahawan asing untuk bekerjasama selepas tertarik dengan kualiti produk dRG yang berjaya membantu jutaan pengguna di negara ini Laman web Rasmi: http://www.drrozmey.com







Kisah Pengusaha Kerepek Bermodal RM200

Oleh:LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)
BERBEKALKAN modal sebanyak RM200, Azhar Rasnan,38, tidak menyangka projek tradisi turun-temurun membuat kerepek kini menjadikan beliau layak digelar usahawan muda.
Azhar, pengurus syarikat Azhar Food Supplier yang telah mula terkenal di Batu Pahat, Johor mengambil alih usaha membuat kerepek daripada bapanya, Rasnan Ridzwan bermula pada 1991.
``Bapa saya sudah mengusahakan perusahaan membuat kerepek secara kecil-kecilan sejak 20 tahun lalu, '' katanya ketika ditemui di kilang membuat kerepek di Rengit, Batu Pahat.
Azhar berkata, beliau memulakan kerja secara kecil-kecilan dengan dibantu oleh isterinya Mariam Boon,37, mengusahakan pembuatan kerepek di belakang rumah mereka.
``Saya yakin usaha ini mempunyai prospek cerah sebab itu saya bertekad mengusahakannya walaupun bermula secara kecil-kecilan,'' katanya.
Pada masa itu, beliau menghantar kerepek terus kepada pengedar.
Kini kata Azhar setelah perusahaan dikembangkan, beliau menggaji 23 pekerja bagi meningkatkan pengeluaran memandangkan permintaan semakin meningkat.
Tiga produk utama yang dihasilkan ialah kerepek pisang, ubi dan keledek.
``Semua pekerja ini ditempatkan mengikut bahagian masing-masing iaitu pengupasan, pemotongan dan pencucian, pengeringan air, menggoreng, pengeringan minyak dan pembungkusan,'' katanya.
Azhar kini mempunyai empat buah mesin termasuk mesin pemotongan, pengeringan air, menggoreng dan pengeringan minyak.
Ia hanya beroperasi enam hari seminggu dengan kemampuan pengeluaran bergantung kepada jenis bahan mentah yang diproses pada hari berkenaan.
``Setiap hari hanya satu produk kerepek yang dihasilkan,'' katanya.
Menurut beliau, kerepek ubi dihasilkan pada Isnin, Selasa dan Rabu, kerepek pisang pada hari Jumaat dan kerepek keledek pada Sabtu.
Katanya, nisbah penggunaan bahan mentah dan penghasilan kerepek ialah 3:1 iaitu sekiranya bahan mentah yang digunakan sebanyak satu tan maka kerepek yang dihasilkan sebanyak 300 kilogram.
Azhar berkata, beliau akan menggunakan dua tan pisang setiap kali tiba giliran memproses kerepek pisang dan tiga tan bagi memproses ubi dan keledek.
Bahan mentah diperoleh oleh Azhar daripada ladang pembekal dari kawasan sekitar Batu Pahat.
Bagaimanapun Azhar juga sedang mengusahakan tanaman ubi seluas 12 hektar di Bandar Tenggara, Johor sebagai bekalan mentah kepada perusahaannya.
Manakala bekalan bahan mentah seperti pisang dan keledek diperoleh daripada penanam di sekitar kawasan itu.
Selain mengeluarkan kerepek keledek ubi dan pisang, Azhar Food Supplier terbabit dalam mengedar makanan ringan lain dengan kerjasama syarikat tempatan melalui kaedah tukar barang.
Beliau turut mempelbagaikan perasa kerepek keluaran syarikatnya dengan menggunakan perasa sotong.
Mengenai pemasaran, Azhar berkata, kerepek hasil keluaran syarikatnya dipasarkan secara jualan terus, melalui ejen pengedar dan secara borong.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu jumlah jualan yang diperoleh setiap bulan.

Walaupun terdapat persaingan daripada pengusaha sekitar kawasan tersebut, beliau yakin dengan meningkatkan nilai tambah kepada produknya, ia tetap mendapat sambutan termasuk dari Singapura.


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0730&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz2fbFUS2Ki
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kisah Motivasi

Saya ada membaca kisah yang menarik berkaitan usahawan yang melibatkan Nabi Muhammad S.A.W.
Hayatilah...

Diambil daripada: http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/2009/02/panduan-perniagaan-oleh-nabi-muhammad.html



Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini...

Seorang pemuda dari kalangan sahabat Ansar datang kepada beliau meminta-minta. Kata beliau, “Engkau.. takde apa-apakah di rumah?”


“Ada!” Jawab pemuda Ansar itu. “Hanya sehelai tikar dan sebuah takar (tempat air minum) sahaja..”


“Bawa kedua-dua barangan itu ke mari!!” Arah Nabi.


Pemuda itu pun pergi mengambilnya dan membawa kepada Nabi. Nabi terus membuat tawaran, menjual secara lelong barangan tersebut kepada kawan-kawan di situ. Dijual dengan harga paling tinggi, iaitu 2 dirham.


“Nah! Satu dirham engkau beli makanan untuk keluraga engkau, dan bakinya engkau beli sebuah kapak!” Saran Nabi. “.. bawa kapak itu kemari!!”


Pemuda itu terus mempraktikkan idea tersebut, ia kembali dengan sebuah kapak yang baru dibeli. Nabi mengambilnya dan mengikat pada sebatang tongkat (yakni siapkan hulu hingga boleh terus guna), dan menyerah balik. Katanya, “Pergilah cari kayu api dengan kapak ini, dan juallah hasilnya! Jangan sampai aku nampak kamu lagi selama 15 hari (dari sekarang)!!”


Selepas 15 hari berlalu, kembalilah kawan itu, dia berjaya mengumpulkan wang sebanyak 10 dirham. Sebahagian dibeli makanan dan sebahagian lagi pakaian.


“Hal ini adalah lebih baik dari engkau datang di Hari Kiamat dengan wajahmu bernoda, tanda meminta-minta.” Jelas Nabi lagi. (Hadith dirawikan oleh Abu Daud).


Hadith ini menggambarkan pengangguran, kemiskinan dan meminta-minta memang ada, walaupun perlu dihapuskan. Nabi mencetuskan idea kreatif, bagaimana menjadi usahawan, dapatkan modal, memotivasi (contohnya tempoh 15 hari sasaran masa ditetapkan), kecekapan melihat pasaran (waktu itu jual bahan bakar atau kayu api) dan sebagainya. Memang hebat Nabi Muhammad SAW.


Pengalaman masa mudanya pernah jadi usahawan. Pernah jadi gembala kambing sebagai tarbiah kepimpinan (Ingat hadith Nabi, setiap kamu adalah pengembala...). Pernah berkongsi atau usahasama niaga dengan ahli bisnes kecil As-Saa’ib bin Abis Saa’ib. Pernah berniaga import-eksport Mekah-Syam, di mana sumber ‘finance’nya ialah Khadijah sendiri walaupun waktu itu masih belum jadi isterinya (akhirnya taukeh finance itu jadi isteri atau miliknya).


Dikatakan beliaulah pencetus idea-niaga ‘surung makan, tarik pun makan’, pergi ke Syam membawa dagangan dari Mekah, pulang membawa dagangan dari Syam. Di mana amalan sebelum itu cuma pergi membeli dagangan untuk penduduk Mekah dari Syam sahaja. Dengan itu penduduk Mekah dapat menikmati barang keperluan dengan harga yang lebih rendah.


Begitu juga ramai tokoh-tokoh usahawan yang berjaya, adalah anakdidik beliau, seperti Abdul Rahman bin Auf, Usman bin Affan dan sebagainya yang dijamin syurga. Mereka bukan sahaja berjaya dari sudut usahawan semata-mata, bahkan menjadi tokoh-tokoh politik dan pemimpin perjuangan Islam.

Tips Menjadi Usahawan Berjaya

Sebagai memenuhi tuntutan Nabi Muhammad S.A.W yg bersabda bahawa 9/10 daripada rezeki kita dtangnya dari perniagaan. Hal ini dibuktikan oleh Baginda yang banyak pergi berdagang ke luar negeri semenjak usia mudanya lagi. Setelah meneliti beberapa buku dan juga rencana di internet di sini saya menyenaraikan beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk mendapat limpahnya rezeki dalam bisnes yang kita jalankan :

1. Bangun awal pagi
2. Kuat kebergantungan dengan Allah, hanya Allah pemilik dan pemberi rezeki yang sebenar. Pelanggan atau pembeli hanyalah perantara.
3. Amalkan solat dhuha. Solat Tahajud. Membaca surah Al-waqiah, ayat seribu dinar, membaca doa-doa dan selawat pembuka rezeki.
4. Bercerita tentang bisnes setiap waktu
5. Fokus kepada apa yang dilakukan. Tidak sambil lewa
6. Sentiasa bertindak pantas, cepat.
7. Niat berniaga sebagai jihad.



Apa yang saya senaraikan disini hanyalah sebahagian daripada amalan atau langkah yang boleh kita ambil untuk menjadi usahawan yang berjaya. Insyaallah pada masa akan datang saya akan berkongsikan lagi berkenaan tips bagi menjadi usahawan yang berjaya.